Skip to main content

Terus bergerak ke hadapan

Setiap keputusan yang kita putuskan dalam hidup, walaupun keputusan itu mungkin jauh tersasar dari 'expectations' orang lain seperti ibu bapa, family atau partner masing-masing, jangan risau untuk terus melakukannya. Asalkan apa yang kita lakukan masih atas landasan mencari redha Allah SWT. Itu sudah cukup untuk kita terus teguh dengan keputusan tersebut.

Hidup ni memang penuh dengan impian dan angan-angan. Penuhi impian tersebut dengan set kan goal dan strategikan plan-plan yang perlu kita buat bagi menggapai impian kita. Once kita dah set ja, terus sahaja lalu jalan tu. Apa pun yang datang kiri, kanan, depan atau belakang tempuh juga sampai ke penghujungnya.

Yang datang kiri, kanan, depan, belakang tu mungkin akan buat kita goyah. Cari kekuatan untuk teruskan juga. Buat sampai jadi apa yang kita nak!

Bayangkan kalau kita dah usaha, tapi kita berhenti di pertengahan jalan maka kejayaan yang di hadapan pasti takkan kunjung tiba. tidak mengapa lambat sikit, janji pergerakan ke hadapan sentiasa ada!

terus melangkah menuju kejayaan
kisah anda, kisah saya, kisah kita mungkin tidak sama
jalan anda, jalan saya mungkin tidak seia sekata
tapi kita punya impian yang benar-benar hebat
kuasai diri! take charge of our life!
kita boleh!

Comments

Popular posts from this blog

5 perbezaan antara tutor dan guru di sekolah

Entry kali ini saya kemukakan selepas beberapa kali di serbu dengan soalan-soalan seperti, Tutor ni cikgu sekolah ke? sekolah mana awak mengajar sebenarnya?. Semoga entry ini serba sedikit menjawab soalan-soalan sesetengah pihak yang masih keliru antara tutor dan cikgu di sekolah. Perlu diingat bahawa saya menulis entry ini  bukan untuk menidakkan profesion seorang guru. Malah, saya sangat hormati anda para guru di sekolah. Andalah pemangkin pelajar yang berjaya. Saya juga percaya apa yang di ajar guru-guru di sekolah sudah pasti tepat dan sudah memenuhi keperluan pelajar. Guru, sesungguhnya anda inspirasi ramai pelajar-pelajar termasuklah saya sendiri. Jadi, jom baca apa ya bezanya antara tutor dan guru di sekolah? 1. Tutor mengajar tips untuk "tackle" soalan Vs guru di sekolah mengajar subjek secara lebih mendalam Isu tentang format selalu sahaja menjadi tanda tanya. Ramai keliru sama ada tutor tahu format subjek di sekolah atau tidak. Dengan kemajuan terkini, siapa...

5 hub baju kurung tercantik di Malaysia

Venirevendor masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia fesyen,apa yang kami dapat lihat, ada beberapa jenama tempatan yang mengetengahkan fesyen gaya tradisional orang Malaysia. Kami senaraikan 5 jenama tempatan pilihan kami, anda mungkin ada pilihan anda sendiri. Boleh "drop" komen anda jika anda ada cadangan atau pilihan hati selain daripada senarai di bawah. Jangan lupa follow Venirevendor ya awak semua. 1. INHANNA Inhanna menampilkan baju-baju tradisional gaya orang Malaysia yang pasti menambat hati anda. Rekaan-rekaan baju yang ditampilkan oleh Inhanna sememangnya sesuai di pakai untuk majlis formal, kasual mahupun pemakaian di pejabat. Dengan jahitan yang kemas dan saiz yang pelbagai, anda tidak lagi pening memikirkan soal siapa tukang jahit untuk baju raya atau baju kurung anda. Inhanna juga menampilkan banyak jenis baju tradisional seperti baju kurung, kurung riau, kebaya, kebarung dan baju kurung moden. 2. LOSRAVELDA Losravelda menampilkan baju ...

MISI DAN VISI BERJAYA HOME TUITION

Bermulanya Berjaya Home Tuition dengan misi besar untuk membantu ramai pelajar dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek-subjek penting seperti Bahasa Malaysia, Sejarah, Bahasa Inggeris, Sains dan Math. Berjaya Home Tuition bergerak dengan tagline Fokus, Smart dan Prihatin. Pelajaran lebih berfokus kerana Berja Home Tuition adalah tuisyen yang berasaskan pelajaran di rumah pelajar itu sendiri. Dengan memaksimakan jumlah murid sehingga hanya empat orang sahaja. Kini, Berjaya Home Tuition bertapak di Seri Iskandar, Perak. Smart dalam gaya pengajaran dengan hanya fokus kepada pelajar membuat latihan dan pengukuhan terhadap pelajaran yang telah pun mereka belajar secara menyeluruh di kelas. Berjaya Home Tuition juga sentiasa prihatin dengan menjalankan ujian diagnosis untuk menentukan tahap pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Kami percaya setiap murid mempunyai keunikan yang tersendiri dalam memproses pembelajaran. Dengan itu, Berjaya Home tuition mempunyai Visi unt...