Selepas melihat video seorang youtubers tentang gratitude, teringat tentang kuasa syukur yang telah lama diterapkan dalam islam.
Sifat syukur sebenarnya boleh menghadirkan rasa tenang kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ketenangan ini boleh membawa kepada minda yang positif. Minda yang positif pula, menjamin kehidupan yang lebih gembira dan secara tidak langsung boleh menarik aura-aura positif masuk dalam kehidupan.
Sentiasalah bersyukur dengan apa juga nikmat yang diberikan. The power of gratitude yang dicanang-canang pakar motivasi dunia sebenarnya adalah konsep yang sama yang diterapkan oleh pencipta segala kejadian (Allah SWT).
Hitung kesyukuran. Pasti ada kejayaan dan ketenangan.
Comments
Post a Comment