Skip to main content

5 perbezaan antara tutor dan guru di sekolah

Entry kali ini saya kemukakan selepas beberapa kali di serbu dengan soalan-soalan seperti, Tutor ni cikgu sekolah ke? sekolah mana awak mengajar sebenarnya?. Semoga entry ini serba sedikit menjawab soalan-soalan sesetengah pihak yang masih keliru antara tutor dan cikgu di sekolah.

Perlu diingat bahawa saya menulis entry ini  bukan untuk menidakkan profesion seorang guru. Malah, saya sangat hormati anda para guru di sekolah. Andalah pemangkin pelajar yang berjaya. Saya juga percaya apa yang di ajar guru-guru di sekolah sudah pasti tepat dan sudah memenuhi keperluan pelajar. Guru, sesungguhnya anda inspirasi ramai pelajar-pelajar termasuklah saya sendiri.

Jadi, jom baca apa ya bezanya antara tutor dan guru di sekolah?

1. Tutor mengajar tips untuk "tackle" soalan Vs guru di sekolah mengajar subjek secara lebih mendalam

Isu tentang format selalu sahaja menjadi tanda tanya. Ramai keliru sama ada tutor tahu format subjek di sekolah atau tidak. Dengan kemajuan terkini, siapa sahaja boleh ambil tahu tentang format mengikut peredaran zaman. Tutor akan mengambil tahu setiap format yang pelajar belajar di sekolah. Format yang di ajar oleh tutor sebenarnya sama sahaja yang diajar si sekolah. Tambahan lagi, tutor selalu kemaskini pengetahuannya tentang apa yang pelajarnya belajar di sekolah. Daripada format yang diketahui oleh tutor, beliau akan membina tips untuk "tackle" soalan peperiksaan. Bermakna, di sekolah guru mengajar mengikut format secara mendalam manakala tutor membantu guru sekolah dengan mengambil tahu format untuk membina tips supaya pelajar mudah menjawab soalan.

2. Tutor mengajar lebih fokus kepada pelajar secara individu

Sesebuah kelas di sekolah mungkin menempatkan 20 ke 30 orang pelajar. Jadi, agak sukar untuk guru sekolah perhatikan setiap seorang muridnya secara individu. Tutor pula menjalankan kelas dalam kapasiti yang sedikit iaitu minimum seorang hingga ke 5 orang. Jadi tutor boleh mengolah cara pengajarannya bersesuaian dengan tahap minda seseorang murid secara individu. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap fokus dan pemahaman yang berbeza. Sebagai contoh, ada pelajar yang memahami pelajaran dari segi visual dan ada juga dari segi pendengaran dan sebagainya. Jadi, disebabkan sesi dengan tutor adalah melibatkan pelajar yang sedikit, maka tutor boleh fokus pada setiap murid mengikut tahap kefahaman mereka.


3. Tutor membantu pelajar membuat latih tubi Sub-topik yang telah diajar oleh guru di sekolah

Tutor bukanlah seorang guru yang mengajar secara formal tetapi tutor mengajar berdasarkan soalan. Hal ini kerana, tutor sedar bahawa semua pelajaran telah di ajar oleh guru di sekolah secara menyeluruh dan telah diterangkan dengan baik. Contoh mudah, seorang pelajar A ingin membuat latihan tambahan di rumah tetapi selalu "stuck" pada sesetengah soalan menyebabkan pelajar A jadi kurang keyakinan menjawab soalan. Di sinilah tutor memainkan peranannya. Tutor akan membantu pelajar tersebut membuat latih tubi yang mungkin pelajar tersebut tidak disiplin melakukannya jika pelajar di rumah sendiri.

4. Tutor membina strategi untuk meningkatkan prestasi pelajar dari banyak segi

Tutor mungkin juga seorang yang pernah belajar di merata-rata tempat sama ada, sekolah berasrama penuh atau pernah belajar di tempat tuisyen yang best ketika beliau masih bersekolah. Tips yang mereka dapat itu mahu dikongsikan kepada ramai lagi pelajar di luar sana untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dalam pelajaran dan memudahkan mereka mengingat atau memahami sesuatu topik. Ilmu itu mungkin juga tidak pernah didedahkan di sekolah secara formal kerana lain orang lain pengalaman hidupnya. Jadi, berdasarkan pengalaman tutor dalam menjadi seorang pelajar cemerlang, beliau berkongsi ilmunya supaya ramai lagi pelajar dapat menambah baik prestasi mereka.

5. Tutor adalah individu yang mempunyai tahap pendidikan yang baik dalam bidangnya cuma tidak mempunyai sijil pendidikan secara rasmi.

Lazimnya, tutor tidak mendapat pendidikan sebagai seorang guru secara formal tetapi tutor adalah seorang yang cemerlang dalam bidangnya. Tutor selalunya seorang yang cemerlang dalam bidang tertentu sejak dari bangku sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Misalnya, ada tutor seorang jurutera, ahli farmasi, ahli kimia, penyelidik, ahli matematik, pengkaji bahasa dan banyak lagi yang berkaitan bidang spesifik. Sungguhpun mereka tidak mempunyai pendidikan formal sebagai seorang guru, tetapi mereka mempunyai ilmu yang mantap dalam bidang mereka. Kepakaran mereka inilah digunakan untuk mengajar pelajar dan membantu pelajar lebih cemerlang.


Inginkan servis HomeTuition sekitar Perak?Seri Iskandar?
HUBUNGI - 0132618978

Dari meja Nor Hamizah Eleas
yang berusaha,
BerjayaHomeTuition dan VenireVendor





Comments

Popular posts from this blog

5 hub baju kurung tercantik di Malaysia

Venirevendor masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia fesyen,apa yang kami dapat lihat, ada beberapa jenama tempatan yang mengetengahkan fesyen gaya tradisional orang Malaysia. Kami senaraikan 5 jenama tempatan pilihan kami, anda mungkin ada pilihan anda sendiri. Boleh "drop" komen anda jika anda ada cadangan atau pilihan hati selain daripada senarai di bawah. Jangan lupa follow Venirevendor ya awak semua. 1. INHANNA Inhanna menampilkan baju-baju tradisional gaya orang Malaysia yang pasti menambat hati anda. Rekaan-rekaan baju yang ditampilkan oleh Inhanna sememangnya sesuai di pakai untuk majlis formal, kasual mahupun pemakaian di pejabat. Dengan jahitan yang kemas dan saiz yang pelbagai, anda tidak lagi pening memikirkan soal siapa tukang jahit untuk baju raya atau baju kurung anda. Inhanna juga menampilkan banyak jenis baju tradisional seperti baju kurung, kurung riau, kebaya, kebarung dan baju kurung moden. 2. LOSRAVELDA Losravelda menampilkan baju ...

MISI DAN VISI BERJAYA HOME TUITION

Bermulanya Berjaya Home Tuition dengan misi besar untuk membantu ramai pelajar dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek-subjek penting seperti Bahasa Malaysia, Sejarah, Bahasa Inggeris, Sains dan Math. Berjaya Home Tuition bergerak dengan tagline Fokus, Smart dan Prihatin. Pelajaran lebih berfokus kerana Berja Home Tuition adalah tuisyen yang berasaskan pelajaran di rumah pelajar itu sendiri. Dengan memaksimakan jumlah murid sehingga hanya empat orang sahaja. Kini, Berjaya Home Tuition bertapak di Seri Iskandar, Perak. Smart dalam gaya pengajaran dengan hanya fokus kepada pelajar membuat latihan dan pengukuhan terhadap pelajaran yang telah pun mereka belajar secara menyeluruh di kelas. Berjaya Home Tuition juga sentiasa prihatin dengan menjalankan ujian diagnosis untuk menentukan tahap pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Kami percaya setiap murid mempunyai keunikan yang tersendiri dalam memproses pembelajaran. Dengan itu, Berjaya Home tuition mempunyai Visi unt...