Hari ini adalah hari dimana saya sangat teringatkan abah. Selepas lebih kurang 4 tahun tanpa abah, ketiadaan abah sangat-sangat dirasai.
Selama ni memang teringat sentiasa. Tetapi sengaja pura-pura tak ingat. Pura-pura kuat. Sesiapa sahaja yang pernah kehilangan 'parents' mesti merasainya. Sedih tapi memang dah hilang. 0pp0pppppp00pppp000Dah tiada di pandangan. Oleh sebab hidup yang perlu diteruskan, diri sendiri buat macam tak9o fikir atau tak peduli. Lagipun nak menjaga hati mak yang pasti lebih sedih dan terluka dari sedih saya ni.
Abah ni satu figure yang memang tak boleh dilupakan. Seorang yang sangat unik, beyond baik dan caring (cara abah).
Caring (cara abah), kenapa saya letak () di situ? sebab abah punya caring ni lain macam.
Abah diam, tapi dia faham anak-anak dia macam mana
Abah berkerut, dia fikir tentang anak-anak dia
Abah senyum, dia tahu kekuatan anak-anak dia
Abah ni, tahu aja dimana kurang lebih anak dia. Abah tak lokek puji anak dia. Abah yang nampak di mana perbuatan anak dia yang dia perlu credit.
Abah garang! yelah, anak-anak salah memang la ditegur. Tapi bila abah credit anak-anak, abah credit sungguh. Ikhlas sungguh. Tak segan pun nak puji anak-anak.
Sekarang baru tahu pujian abah tu buat saya percaya diri. Bila rasa down, cakap kat diri sendiri 'eh kan abah kata macam ni macam tu'. so chin up!
in memory. the missing figure that I'll always remember.
Abah, Alfatihah.
Comments
Post a Comment