Venirevendor masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia fesyen,apa yang kami dapat lihat, ada beberapa jenama tempatan yang mengetengahkan fesyen gaya tradisional orang Malaysia. Kami senaraikan 5 jenama tempatan pilihan kami, anda mungkin ada pilihan anda sendiri. Boleh "drop" komen anda jika anda ada cadangan atau pilihan hati selain daripada senarai di bawah. Jangan lupa follow Venirevendor ya awak semua.
1. INHANNA
2. LOSRAVELDA
3. MODEREE
4. ICAHFA
5. MMBASIC
Fb : Venire.co
Instagram : Venirevendor
Whatsapp Zawani : 0134591566
1. INHANNA
Inhanna menampilkan baju-baju tradisional gaya orang Malaysia yang pasti menambat hati anda. Rekaan-rekaan baju yang ditampilkan oleh Inhanna sememangnya sesuai di pakai untuk majlis formal, kasual mahupun pemakaian di pejabat. Dengan jahitan yang kemas dan saiz yang pelbagai, anda tidak lagi pening memikirkan soal siapa tukang jahit untuk baju raya atau baju kurung anda. Inhanna juga menampilkan banyak jenis baju tradisional seperti baju kurung, kurung riau, kebaya, kebarung dan baju kurung moden.
2. LOSRAVELDA
Losravelda menampilkan baju kurung yang lebih bersifat moden. Mereka memberi sentuhan unik untuk menaik taraf baju tradisional menjadi baju global. Losravelda juga menampilkan banyak saiz baju yang sesuai dengan saiz wanita di Malaysia. Kebanyakan baju di Losravelda adalah jenis bercorak yang sangat minimalis dengan kombinasi warna yang menarik. Jangan lepaskan peluang apabila Losravelda mengumumkan sale mereka. Ketika sale, harga baju mereka sangat berbaloi-baloi tetapi "limited" lah pula "design" dan saiznya. Jadi, apa tunggu lagi, tengok Losravelda di Venirevendor atau di website Losravelda sendiri.
3. MODEREE
Jika anda meminati baju kurung yang mempunyai sentuhan lace, corak yang minimalis, moden pada harga mampu milik, jawapannya adalah moderee. Baju kurung yang mempunyai sentuhan lace yang ditampilkan oleh moderee sesuai juga dipakai di majlis pertunangan anda. Anda banyak seleksi kurung moden yang bergabung dengan beberapa elemen lain yang pasti membeliakkan mata dan buat anda kecur air liur. Pendek kata, boleh saja terus tinjau moderee atau boleh tengok di Venirevendor untuk jamu mata dan beli. Anda pasti berpuas hati.
4. ICAHFA
Keunikan Icahfa terletak pada pengolahan mereka dalam mempersembahkan baju kurung yang minimalis tetapi kata orang "sesuatu sangat". Kelainan yang ditonjolkan memberi lebih gaya kreatif kepada si pemakai. Pemakai akan nampak lebih anggun dan pada masa yang sama moden dan ayu. Kombinasi yang menarik dalam pemakaian baju tradisional dari sisi dunia moden.
5. MMBASIC
MMbasic menampilkan baju kurung moden yang bercorak unik dan menambah kesan elegant pada si pemakai. Sarung sahaja baju design mmbasic, anda akan terus berasa cantik, yakin dan bergaya. Sesuai di pakai untuk majlis-majlis formal khususnya. Sangat selesa dan material yang digunakan sangat best. Kata orang, kalau dah rasa sekali, nak lagi. Pilihan corak yang pelbagai juga akan buat anda terketar-ketar seluruh badan untuk memilikinya.
VenireVendor mengumpulkan beberapa seleksi jenama tempatan di atas seperti Inhanna, Losravelda dan Moderee. Jika anda berasa leceh untuk membuat tempahan melalui online, anda boleh memesan pada kami. Venirevendor membantu anda membuat tempahan secara lebih mudah tanpa perlu melalui sistem yang rumit, mengambil masa dan memenatkan. Semua kerja-kerja renyah itu, kami lakukan untuk anda.
Fb : Venire.co
Instagram : Venirevendor
Whatsapp Zawani : 0134591566
Comments
Post a Comment