Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Janji usaha

Pernah tak rasa down sebab orang lain ada itu ini sedangkan diri sendiri tengah 'struggle'. Mak mula cakap anak jiran dah beli rumah, dah beli kereta. hang apa ada? tulah dia mak kita pun manusia jugak. takpa, diam ja. sambil dalam hati tanam rasa untuk usaha lebih. kadang-kadang apa kita nak buat tu mungkin orang lain tak faham. so, kita tak payah la nak sedih atau terasa hati. cakap ja kat diri sendiri. takpa, jalan ni yang aku pilih. Buat ja jangan berhenti. Jangan berhenti! Usaha, Solat dan Sabar! Buat Sampai Jadi!!

Abah

Hari ini adalah hari dimana saya sangat teringatkan abah. Selepas lebih kurang 4 tahun tanpa abah, ketiadaan abah sangat-sangat dirasai. Selama ni memang teringat sentiasa. Tetapi sengaja pura-pura tak ingat. Pura-pura kuat. Sesiapa sahaja yang pernah kehilangan 'parents' mesti merasainya. Sedih tapi memang dah hilang. 0pp0pppppp00pppp000Dah tiada di pandangan. Oleh sebab hidup yang perlu diteruskan, diri sendiri buat macam tak9o fikir atau tak peduli. Lagipun nak menjaga hati mak yang pasti lebih sedih dan terluka dari sedih saya ni. Abah ni satu figure yang memang tak boleh dilupakan. Seorang yang sangat unik, beyond baik dan caring (cara abah). Caring (cara abah), kenapa saya letak () di situ? sebab abah punya caring ni lain macam. Abah diam, tapi dia faham anak-anak dia macam mana Abah berkerut, dia fikir tentang anak-anak dia Abah senyum, dia tahu kekuatan anak-anak dia Abah ni, tahu aja dimana kurang lebih anak dia. Abah tak lokek puji anak dia. Abah yang nampak di...

Terus bergerak ke hadapan

Setiap keputusan yang kita putuskan dalam hidup, walaupun keputusan itu mungkin jauh tersasar dari 'expectations' orang lain seperti ibu bapa, family atau partner masing-masing, jangan risau untuk terus melakukannya. Asalkan apa yang kita lakukan masih atas landasan mencari redha Allah SWT. Itu sudah cukup untuk kita terus teguh dengan keputusan tersebut. Hidup ni memang penuh dengan impian dan angan-angan. Penuhi impian tersebut dengan set kan goal dan strategikan plan-plan yang perlu kita buat bagi menggapai impian kita. Once kita dah set ja, terus sahaja lalu jalan tu. Apa pun yang datang kiri, kanan, depan atau belakang tempuh juga sampai ke penghujungnya. Yang datang kiri, kanan, depan, belakang tu mungkin akan buat kita goyah. Cari kekuatan untuk teruskan juga. Buat sampai jadi apa yang kita nak! Bayangkan kalau kita dah usaha, tapi kita berhenti di pertengahan jalan maka kejayaan yang di hadapan pasti takkan kunjung tiba. tidak mengapa lambat sikit, janji pergerakan k...

Kuasa Bersyukur

Selepas melihat video seorang youtubers tentang gratitude, teringat tentang kuasa syukur yang telah lama diterapkan dalam islam. Sifat syukur sebenarnya boleh menghadirkan rasa tenang kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ketenangan ini boleh membawa kepada minda yang positif. Minda yang positif pula, menjamin kehidupan yang lebih gembira dan secara tidak langsung boleh menarik aura-aura positif masuk dalam kehidupan. Sentiasalah bersyukur dengan apa juga nikmat yang diberikan. The power of gratitude yang dicanang-canang pakar motivasi dunia sebenarnya adalah konsep yang sama yang diterapkan oleh pencipta segala kejadian (Allah SWT). Hitung kesyukuran. Pasti ada kejayaan dan ketenangan.

5 hub baju kurung tercantik di Malaysia

Venirevendor masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia fesyen,apa yang kami dapat lihat, ada beberapa jenama tempatan yang mengetengahkan fesyen gaya tradisional orang Malaysia. Kami senaraikan 5 jenama tempatan pilihan kami, anda mungkin ada pilihan anda sendiri. Boleh "drop" komen anda jika anda ada cadangan atau pilihan hati selain daripada senarai di bawah. Jangan lupa follow Venirevendor ya awak semua. 1. INHANNA Inhanna menampilkan baju-baju tradisional gaya orang Malaysia yang pasti menambat hati anda. Rekaan-rekaan baju yang ditampilkan oleh Inhanna sememangnya sesuai di pakai untuk majlis formal, kasual mahupun pemakaian di pejabat. Dengan jahitan yang kemas dan saiz yang pelbagai, anda tidak lagi pening memikirkan soal siapa tukang jahit untuk baju raya atau baju kurung anda. Inhanna juga menampilkan banyak jenis baju tradisional seperti baju kurung, kurung riau, kebaya, kebarung dan baju kurung moden. 2. LOSRAVELDA Losravelda menampilkan baju ...

5 perbezaan antara tutor dan guru di sekolah

Entry kali ini saya kemukakan selepas beberapa kali di serbu dengan soalan-soalan seperti, Tutor ni cikgu sekolah ke? sekolah mana awak mengajar sebenarnya?. Semoga entry ini serba sedikit menjawab soalan-soalan sesetengah pihak yang masih keliru antara tutor dan cikgu di sekolah. Perlu diingat bahawa saya menulis entry ini  bukan untuk menidakkan profesion seorang guru. Malah, saya sangat hormati anda para guru di sekolah. Andalah pemangkin pelajar yang berjaya. Saya juga percaya apa yang di ajar guru-guru di sekolah sudah pasti tepat dan sudah memenuhi keperluan pelajar. Guru, sesungguhnya anda inspirasi ramai pelajar-pelajar termasuklah saya sendiri. Jadi, jom baca apa ya bezanya antara tutor dan guru di sekolah? 1. Tutor mengajar tips untuk "tackle" soalan Vs guru di sekolah mengajar subjek secara lebih mendalam Isu tentang format selalu sahaja menjadi tanda tanya. Ramai keliru sama ada tutor tahu format subjek di sekolah atau tidak. Dengan kemajuan terkini, siapa...

BERANILAH BERMIMPI!

Setiap individu pasti ada impiannya yang tersendiri. Kadang-kadang kerisauan hadir bila kita rasa impian itu hanyalah sekadar angan-angan Mat Jenin. Tetapi sebenarnya, bermulanya sesuatu kejayaan adalah daripada suatu impian. Impian yang betul, dengan niat yang betul dapat mencorak kita menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat. Impian boleh menjadi sesuatu yang menolak kita maju ke hadapan. Istilah angan-angan Mat Jenin bolehlah ditolak tepi kerana, orang yang berani bermimpi berani juga mengorak langkah ke hadapan. Jadi, bermimpilah. Try Your Dream! Dari meja Nor Hamizah Eleas Yang berimpian dan berusaha di Berjaya Home Tuition & VenireVendor

VenireVendor. Hub fashion jenama tempatan

VenireVendor telah ditubuhkan sejak tahun 2013.  Bermula dengan sehelai tudung biru, kini VenireVendor mengorak langkah ke hadapan dengan menampilkan pelbagai jenama tempatan di bawah satu bumbung dengan membawa label VenireVendor. Antara jenama yang berada di bawah Venirevendor adalah, Inhanna, moderee, Losravelda, Chentaqaseh dan Nurulgallery. VenireVendor juga tidak lari dari bermacam dugaan dan sehingga sekarang masih di tangga belajar dan berharap sentiasa dapat memuaskan hati pelanggan kami. VenireVendor bermula dengan jualan secara "retail" di tempat-tempat pengajian AlQuran. Kini VenireVendor bergerak secara atas talian sepenuhnya. Anda boleh "reach" kami melalui medium berikut; Instagram : Venirevendor Facebook : Venire.co Youtube : Venirevendor Email : venirevendor@gmail.com

Pendidikan secara virtual aka Social Media

Adakah pendidikan secara virtual ini dapat membantu ramai murid? Pendapat yang akan saya tulis di sini hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri dan sedikit rujukan kajian-kajian dalam dan luar negara berkenaan isu ini. Pada pendapat peribadi saya, pendidikan melalui media social seperti youtube, facebook atau apa sahaja medium media social sangat membantu pelajar dalam pembelajaran. Saya sendiri pernah menerapkan gaya atau cara yang di ajar daripada youtube untuk membantu anak murid saya memahami sesuatu topik yang complex. Contohnya cara melukis free body diagram dengan mudah. Dalam topik fizik, murid-murid selalu sahaja keliru tentang bagaimana hendak menentukan arah sesuatu daya yang diberikan dalam soalan. Dengan ilmu yang saya garapkan dari youtube, terbukti murid-murid nampak lebih jelas untuk "tackle" sesuatu masalah. Itu baru sahaja satu contoh. Banyak lagi sebenarnya contoh-contoh positif yang boleh dituai dari medium "social media" ini. Penulis Sedigheh...

Rujukan syllabus untuk tahun 2018

Selari dengan peredaran masa, sistem pembelajaran di Malaysia juga mula merubah rentak. Setiap tahun akan ada perubahan-perubahan yang dilakukan bagi menyediakan pelajar-pelajar masa kini supaya lebih bersedia menjadi pelapis-pelapis negara yang berilmu dan berintegriti tinggi. Setiap tutor mestilah "aware" dengan perubahan yang ada. Team BERJAYA HOME TUITION mengucapkan terima kasih kepada website https://sumberpendidikan.com yang diusahakan oleh guru-guru untuk memudahkan ramai lagi guru di luar sana untuk memahami syllabus terkini. Jika anda berminat untuk mendapatkan servis tuisyen di rumah sekitar Seri iskandar, Tronoh, Batu gajah dan seluruh kawasan sekitarnya, boleh whatsapp 0132618978 untuk keterangan lanjut.

Program yang ditawarkan di BERJAYA HOME TUITION

Berjaya Home Tuition menyediakan beberapa program yang khusus untuk anak-anak anda belajar dengan lebih fokus. Berikut adalah program yang ditawarkan mengikut kesesuaian anda dan anak-anak anda.

Jawatan Kosong Tutor Sekitar Seri Iskandar, Perak

Jawatan Kosong ini khas untuk anda yang boleh menjadi Tutor yang Komited dan mempunyai "Passion" yang tinggi dalam bidang pendidikan. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Anda hanya perlu whassap kan; Nama, Tahap pendidikan, subjek yang anda boleh mengajar dan kawasan anda boleh mengajar ke 0132618978 Bersama lah kita membantu ramai pelajar BERJAYA!! Berjaya Home Tuition Fokus, Smart, Prihatin Home tuition Seri iskandar, Tronoh, Batu gajah dan kawasan sekitar dengannya

MISI DAN VISI BERJAYA HOME TUITION

Bermulanya Berjaya Home Tuition dengan misi besar untuk membantu ramai pelajar dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek-subjek penting seperti Bahasa Malaysia, Sejarah, Bahasa Inggeris, Sains dan Math. Berjaya Home Tuition bergerak dengan tagline Fokus, Smart dan Prihatin. Pelajaran lebih berfokus kerana Berja Home Tuition adalah tuisyen yang berasaskan pelajaran di rumah pelajar itu sendiri. Dengan memaksimakan jumlah murid sehingga hanya empat orang sahaja. Kini, Berjaya Home Tuition bertapak di Seri Iskandar, Perak. Smart dalam gaya pengajaran dengan hanya fokus kepada pelajar membuat latihan dan pengukuhan terhadap pelajaran yang telah pun mereka belajar secara menyeluruh di kelas. Berjaya Home Tuition juga sentiasa prihatin dengan menjalankan ujian diagnosis untuk menentukan tahap pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Kami percaya setiap murid mempunyai keunikan yang tersendiri dalam memproses pembelajaran. Dengan itu, Berjaya Home tuition mempunyai Visi unt...