Skip to main content

Posts

Janji usaha

Pernah tak rasa down sebab orang lain ada itu ini sedangkan diri sendiri tengah 'struggle'. Mak mula cakap anak jiran dah beli rumah, dah beli kereta. hang apa ada? tulah dia mak kita pun manusia jugak. takpa, diam ja. sambil dalam hati tanam rasa untuk usaha lebih. kadang-kadang apa kita nak buat tu mungkin orang lain tak faham. so, kita tak payah la nak sedih atau terasa hati. cakap ja kat diri sendiri. takpa, jalan ni yang aku pilih. Buat ja jangan berhenti. Jangan berhenti! Usaha, Solat dan Sabar! Buat Sampai Jadi!!
Recent posts

Abah

Hari ini adalah hari dimana saya sangat teringatkan abah. Selepas lebih kurang 4 tahun tanpa abah, ketiadaan abah sangat-sangat dirasai. Selama ni memang teringat sentiasa. Tetapi sengaja pura-pura tak ingat. Pura-pura kuat. Sesiapa sahaja yang pernah kehilangan 'parents' mesti merasainya. Sedih tapi memang dah hilang. 0pp0pppppp00pppp000Dah tiada di pandangan. Oleh sebab hidup yang perlu diteruskan, diri sendiri buat macam tak9o fikir atau tak peduli. Lagipun nak menjaga hati mak yang pasti lebih sedih dan terluka dari sedih saya ni. Abah ni satu figure yang memang tak boleh dilupakan. Seorang yang sangat unik, beyond baik dan caring (cara abah). Caring (cara abah), kenapa saya letak () di situ? sebab abah punya caring ni lain macam. Abah diam, tapi dia faham anak-anak dia macam mana Abah berkerut, dia fikir tentang anak-anak dia Abah senyum, dia tahu kekuatan anak-anak dia Abah ni, tahu aja dimana kurang lebih anak dia. Abah tak lokek puji anak dia. Abah yang nampak di...

Terus bergerak ke hadapan

Setiap keputusan yang kita putuskan dalam hidup, walaupun keputusan itu mungkin jauh tersasar dari 'expectations' orang lain seperti ibu bapa, family atau partner masing-masing, jangan risau untuk terus melakukannya. Asalkan apa yang kita lakukan masih atas landasan mencari redha Allah SWT. Itu sudah cukup untuk kita terus teguh dengan keputusan tersebut. Hidup ni memang penuh dengan impian dan angan-angan. Penuhi impian tersebut dengan set kan goal dan strategikan plan-plan yang perlu kita buat bagi menggapai impian kita. Once kita dah set ja, terus sahaja lalu jalan tu. Apa pun yang datang kiri, kanan, depan atau belakang tempuh juga sampai ke penghujungnya. Yang datang kiri, kanan, depan, belakang tu mungkin akan buat kita goyah. Cari kekuatan untuk teruskan juga. Buat sampai jadi apa yang kita nak! Bayangkan kalau kita dah usaha, tapi kita berhenti di pertengahan jalan maka kejayaan yang di hadapan pasti takkan kunjung tiba. tidak mengapa lambat sikit, janji pergerakan k...

Kuasa Bersyukur

Selepas melihat video seorang youtubers tentang gratitude, teringat tentang kuasa syukur yang telah lama diterapkan dalam islam. Sifat syukur sebenarnya boleh menghadirkan rasa tenang kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ketenangan ini boleh membawa kepada minda yang positif. Minda yang positif pula, menjamin kehidupan yang lebih gembira dan secara tidak langsung boleh menarik aura-aura positif masuk dalam kehidupan. Sentiasalah bersyukur dengan apa juga nikmat yang diberikan. The power of gratitude yang dicanang-canang pakar motivasi dunia sebenarnya adalah konsep yang sama yang diterapkan oleh pencipta segala kejadian (Allah SWT). Hitung kesyukuran. Pasti ada kejayaan dan ketenangan.

5 hub baju kurung tercantik di Malaysia

Venirevendor masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia fesyen,apa yang kami dapat lihat, ada beberapa jenama tempatan yang mengetengahkan fesyen gaya tradisional orang Malaysia. Kami senaraikan 5 jenama tempatan pilihan kami, anda mungkin ada pilihan anda sendiri. Boleh "drop" komen anda jika anda ada cadangan atau pilihan hati selain daripada senarai di bawah. Jangan lupa follow Venirevendor ya awak semua. 1. INHANNA Inhanna menampilkan baju-baju tradisional gaya orang Malaysia yang pasti menambat hati anda. Rekaan-rekaan baju yang ditampilkan oleh Inhanna sememangnya sesuai di pakai untuk majlis formal, kasual mahupun pemakaian di pejabat. Dengan jahitan yang kemas dan saiz yang pelbagai, anda tidak lagi pening memikirkan soal siapa tukang jahit untuk baju raya atau baju kurung anda. Inhanna juga menampilkan banyak jenis baju tradisional seperti baju kurung, kurung riau, kebaya, kebarung dan baju kurung moden. 2. LOSRAVELDA Losravelda menampilkan baju ...

5 perbezaan antara tutor dan guru di sekolah

Entry kali ini saya kemukakan selepas beberapa kali di serbu dengan soalan-soalan seperti, Tutor ni cikgu sekolah ke? sekolah mana awak mengajar sebenarnya?. Semoga entry ini serba sedikit menjawab soalan-soalan sesetengah pihak yang masih keliru antara tutor dan cikgu di sekolah. Perlu diingat bahawa saya menulis entry ini  bukan untuk menidakkan profesion seorang guru. Malah, saya sangat hormati anda para guru di sekolah. Andalah pemangkin pelajar yang berjaya. Saya juga percaya apa yang di ajar guru-guru di sekolah sudah pasti tepat dan sudah memenuhi keperluan pelajar. Guru, sesungguhnya anda inspirasi ramai pelajar-pelajar termasuklah saya sendiri. Jadi, jom baca apa ya bezanya antara tutor dan guru di sekolah? 1. Tutor mengajar tips untuk "tackle" soalan Vs guru di sekolah mengajar subjek secara lebih mendalam Isu tentang format selalu sahaja menjadi tanda tanya. Ramai keliru sama ada tutor tahu format subjek di sekolah atau tidak. Dengan kemajuan terkini, siapa...

BERANILAH BERMIMPI!

Setiap individu pasti ada impiannya yang tersendiri. Kadang-kadang kerisauan hadir bila kita rasa impian itu hanyalah sekadar angan-angan Mat Jenin. Tetapi sebenarnya, bermulanya sesuatu kejayaan adalah daripada suatu impian. Impian yang betul, dengan niat yang betul dapat mencorak kita menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat. Impian boleh menjadi sesuatu yang menolak kita maju ke hadapan. Istilah angan-angan Mat Jenin bolehlah ditolak tepi kerana, orang yang berani bermimpi berani juga mengorak langkah ke hadapan. Jadi, bermimpilah. Try Your Dream! Dari meja Nor Hamizah Eleas Yang berimpian dan berusaha di Berjaya Home Tuition & VenireVendor