Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Janji usaha

Pernah tak rasa down sebab orang lain ada itu ini sedangkan diri sendiri tengah 'struggle'. Mak mula cakap anak jiran dah beli rumah, dah beli kereta. hang apa ada? tulah dia mak kita pun manusia jugak. takpa, diam ja. sambil dalam hati tanam rasa untuk usaha lebih. kadang-kadang apa kita nak buat tu mungkin orang lain tak faham. so, kita tak payah la nak sedih atau terasa hati. cakap ja kat diri sendiri. takpa, jalan ni yang aku pilih. Buat ja jangan berhenti. Jangan berhenti! Usaha, Solat dan Sabar! Buat Sampai Jadi!!

Abah

Hari ini adalah hari dimana saya sangat teringatkan abah. Selepas lebih kurang 4 tahun tanpa abah, ketiadaan abah sangat-sangat dirasai. Selama ni memang teringat sentiasa. Tetapi sengaja pura-pura tak ingat. Pura-pura kuat. Sesiapa sahaja yang pernah kehilangan 'parents' mesti merasainya. Sedih tapi memang dah hilang. 0pp0pppppp00pppp000Dah tiada di pandangan. Oleh sebab hidup yang perlu diteruskan, diri sendiri buat macam tak9o fikir atau tak peduli. Lagipun nak menjaga hati mak yang pasti lebih sedih dan terluka dari sedih saya ni. Abah ni satu figure yang memang tak boleh dilupakan. Seorang yang sangat unik, beyond baik dan caring (cara abah). Caring (cara abah), kenapa saya letak () di situ? sebab abah punya caring ni lain macam. Abah diam, tapi dia faham anak-anak dia macam mana Abah berkerut, dia fikir tentang anak-anak dia Abah senyum, dia tahu kekuatan anak-anak dia Abah ni, tahu aja dimana kurang lebih anak dia. Abah tak lokek puji anak dia. Abah yang nampak di...

Terus bergerak ke hadapan

Setiap keputusan yang kita putuskan dalam hidup, walaupun keputusan itu mungkin jauh tersasar dari 'expectations' orang lain seperti ibu bapa, family atau partner masing-masing, jangan risau untuk terus melakukannya. Asalkan apa yang kita lakukan masih atas landasan mencari redha Allah SWT. Itu sudah cukup untuk kita terus teguh dengan keputusan tersebut. Hidup ni memang penuh dengan impian dan angan-angan. Penuhi impian tersebut dengan set kan goal dan strategikan plan-plan yang perlu kita buat bagi menggapai impian kita. Once kita dah set ja, terus sahaja lalu jalan tu. Apa pun yang datang kiri, kanan, depan atau belakang tempuh juga sampai ke penghujungnya. Yang datang kiri, kanan, depan, belakang tu mungkin akan buat kita goyah. Cari kekuatan untuk teruskan juga. Buat sampai jadi apa yang kita nak! Bayangkan kalau kita dah usaha, tapi kita berhenti di pertengahan jalan maka kejayaan yang di hadapan pasti takkan kunjung tiba. tidak mengapa lambat sikit, janji pergerakan k...

Kuasa Bersyukur

Selepas melihat video seorang youtubers tentang gratitude, teringat tentang kuasa syukur yang telah lama diterapkan dalam islam. Sifat syukur sebenarnya boleh menghadirkan rasa tenang kepada sesiapa yang mengamalkannya. Ketenangan ini boleh membawa kepada minda yang positif. Minda yang positif pula, menjamin kehidupan yang lebih gembira dan secara tidak langsung boleh menarik aura-aura positif masuk dalam kehidupan. Sentiasalah bersyukur dengan apa juga nikmat yang diberikan. The power of gratitude yang dicanang-canang pakar motivasi dunia sebenarnya adalah konsep yang sama yang diterapkan oleh pencipta segala kejadian (Allah SWT). Hitung kesyukuran. Pasti ada kejayaan dan ketenangan.