Venirevendor masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia fesyen,apa yang kami dapat lihat, ada beberapa jenama tempatan yang mengetengahkan fesyen gaya tradisional orang Malaysia. Kami senaraikan 5 jenama tempatan pilihan kami, anda mungkin ada pilihan anda sendiri. Boleh "drop" komen anda jika anda ada cadangan atau pilihan hati selain daripada senarai di bawah. Jangan lupa follow Venirevendor ya awak semua. 1. INHANNA Inhanna menampilkan baju-baju tradisional gaya orang Malaysia yang pasti menambat hati anda. Rekaan-rekaan baju yang ditampilkan oleh Inhanna sememangnya sesuai di pakai untuk majlis formal, kasual mahupun pemakaian di pejabat. Dengan jahitan yang kemas dan saiz yang pelbagai, anda tidak lagi pening memikirkan soal siapa tukang jahit untuk baju raya atau baju kurung anda. Inhanna juga menampilkan banyak jenis baju tradisional seperti baju kurung, kurung riau, kebaya, kebarung dan baju kurung moden. 2. LOSRAVELDA Losravelda menampilkan baju ...
Pengasas Bersama Kumpulan Nor Hamizah Binti Eleas. Pengarah urusan Berjaya Home Tuition. Sentiasa percaya bahawa pendidikan yang baik boleh mengubah sesuatu individu, berpaksikan konsep IQRA'. Seorang graduan Fizik yang sangat suka mengajar subjek Fizik. Telah berkecimpung dalam bidang "Tutoring" sejak tahun 2011. Selain itu, saya juga bertindak sebagai pengurus operasi kepada label VenireVendor yang juga berada di bawah naungan syarikat kumpulan Nor Hamizah Binti Eleas bersama Zawani Eleas.